Noor Syazana
Noor Syazana Binti Abd Hamid merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau merupakan penulis bagi tiga buah buku iaitu Hidayah Di Balik Jerji Besi, LGBT Mencari Syurga : Sekuel 1 dan Man Jadda Wajada : Satu Permulaan. Beliau pernah berkhidmat di Majlis Agama Islam (MAIS), Bahagian pemulihan Al-Riqab selama hampir setahun. Pengalaman beliau yang pernah terlibat dalam program pemulihan untuk komuniti LGBT seperti Mak Nyah, Gay dan lain-lain lagi, telah mendorong dirinya untuk berkongsi ilmu dan teladan dalam bentuk penulisan sebegini. Kini beliau sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana sepenuh masa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) secara penyelidikan. Fokus kajian dan penyelidikannya berkait dengan topik LGBT. Beliau juga dikenali sebagai penganalisis LGBT.